Kelas Nadi Mahir Prompt Engineer (Sistem Pengetahuan Terbuka & Percepatan Penyelidikan Ai)
25 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2026, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Prompt Engineer secara atas talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program pembelajaran sepanjang hayat ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam membantu proses penyelidikan, pengumpulan maklumat dan analisis data dengan lebih pantas serta sistematik.
Kursus NADI Mahir Prompt Engineer pada minggu ini adalah Minggu 2, iaitu Sistem Pengetahuan Terbuka & Percepatan Penyelidikan AI. Peserta diperkenalkan kepada penggunaan Gemini bagi menjalankan Deep Research, menghasilkan laporan penyelidikan serta menganalisis data daripada fail yang diberikan. Hasil analisis juga boleh dipersembahkan dalam bentuk laman web dan papan pemuka bagi memudahkan maklumat difahami.Selain itu, peserta turut didedahkan kepada penggunaan AI dalam penyelidikan akademik melalui Consensus dan Gemini Notebook, termasuk kaedah mencari kertas penyelidikan dan jurnal berdasarkan tajuk serta tempoh tertentu. Maklumat penyelidikan boleh disusun mengikut tahun, tajuk, metodologi, dapatan dan kesimpulan bagi membantu proses penyelidikan dilakukan secara lebih teratur.Modul turut memberi latihan praktikal menggunakan NotebookLM dan Gemini untuk mendapatkan sumber, menjalankan Deep Research, menyusun data dalam bentuk jadual dan seterusnya menghasilkan visualisasi seperti animated race bar chart.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain sebagai pusat pembelajaran. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran digital dan pengetahuan komuniti dalam penggunaan teknologi AI, khususnya bagi tujuan penyelidikan, analisis data dan penghasilan maklumat yang lebih efektif serta sistematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: